Pages

Monday 14 December 2015

BEZA CINTA DAN SUKA



"Apa beza antara suka dan cinta ?" Si gadis bertanya

Si lelaki melipat helaian akhir novelnya lalu menjawab: "macam apa yang kita rasa pada sekuntum bunga"

"Terangkan ?" Si gadis musykil. 

"Kalau kita suka pada sekuntum bunga , kita akan petik bunga tu sebab bunga tu cantik. Tapi kalau kita cintakan bunga tu , kita akan biarkan ia pada dahannya dan sentiasa siram ia agar ia sentiasa segar. Samalah macam manusia. Kalau kita suka pada seseorang kita akan berusahasa untuk miliki dia. Tapi kalau kita cintakan dia , kita akan sabar menanti adakah dia jodoh kita , dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dia walau nanti akhirnya dia bukan bersama kita .


p/s : Jangan simpan seseorang dalam hati . Hati itu berbolak balik sifatnya. Simpanlah sesseorang dalam doa . Kerana doa itu tercatat dilangit selamanya.



No comments:

Post a Comment