ASSALAMUALAIKUM..
Ok malam ni terpikir nak share bab muslimah dan fesyen. Zaman kini , kita semua tahu semua benda dah modern betul tak.. So muslimah pon tak terlepas jugak nak ikut arus permodenan dengan berfesyen . Ya tak salah pon bagi setiap wanita untuk mengikuti perkembangan fesyen semasa selagi tidak melanggar syariat yang ditetapkan islam dan menjaga batas batas yang di gariskan Islam terutama dalam perhiasan and berpakaian.
Baru baru ni aku ada tengok satu video kat instagram . Caption tulis peragaan fesyen muslimah . Tapi bila aku tengok je video tu . Masya Allah rasa takut and nak nangis tu ada . Adakah baju yang ketat ketat sampai menampakkan bentuk tubuh badan dikatakan baju muslimah??? Adakah turban dikatakan tudung muslimah??? Sanggul tu tak usah nak cerita kalah bonggol unta aku rasa. Sedih sangat2 bila tengok .. Ya Allah selamatkanlah Islam .
Now aku nak share aurat wanita tu dari mana sampai mana. ok. Aurat perempuan adalah seluruh tubuh badannya SELAIN pergelangan tangan dan muka . Hawa kaki korang semua tu aurat . Tangan korang tu Aurat.
Sebagaimana Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka , atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan Islam, atau hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur, Ayat 31)
No comments:
Post a Comment